KUALA LUMPUR - Jumlah penjawat awam akan dikuncupkan jika pembangkang berkuasa di negara ini, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perhimpunan Agung Umno 2017, di PWTC, di sini, hari ini.

Katanya, penjawat awam yang menjadi tulang belakang kerajaan selama ini semestinya tanpa lengah-lengah lagi, akan dikuncupkan jumlahnya (jika negara jadi milik pembangkang).

"Dan, sudah tentu sekali, kesumat pihak lawan  sejak sekian lama terhadap keistimewaan orang-orang Melayu Bumiputera sebagai leluhur jati di pertiwi ini akan dipijak-pijak maruah dan tergadailah keindukannya," katanya di hadapan 2,718 perwakilan yang hadir hari ini.

Najib turut meramalkan bangsa Melayu juga akan merempat, dicelakakan sehina-hinanya sehingga terbangsat di tanah air sendiri.

"Sanggupkah kita membiarkan agama Islam dan Syiarnya diperlekeh dan diperhinakan di tanah ini?

"Keduanya, tergamakkah kita, melihat kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dimulia, bahkan akan diderhaka, manakala, institusi-institusi kebanggaan orang Melayu Bumiputera seperti Mara, Felda, serta Tabung Haji serta-merta pula nanti akan disisihkan.

"Begitulah juga dengan nasib UiTM, institusi kebanggaan Umno Bumiputera, yang pastinya akan digagalkan objektifnya begitu saja, sekiranya pihak lawan memerintah," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Umno Johor menyarankan kerajaan mewujudkan mekanisme wakaf pendidikan bagi membantu anak muda Melayu yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran.
  • KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata parti keramat Melayu itu dan BN tidak boleh bergerak maju tanpa sokongan semua pihak termasuk yang berada di luar negara.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 karikatur atau karya yang memaparkan kesengsaraan dan penderitaan etnik Rohingya serta usaha yang dilakukan Malaysia bagi membantu masyarakat itu dipamerkan selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sehingga Sabtu ini.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang terhadap mereka yang ‘bermain api’ menghasut rakyat menggunakan slogan "Sabah untuk Sabah" dan "Sarawak untuk Sarawak".