KOTA BHARU – Jom serbu!! Orang ramai masih berpeluang untuk menikmati potongan harga menarik buku-buku ilmiah dan novel pada hari terakhir Mini Karnival Karangkraf di KBMall hari ini.

Penolong Pengurus Besar Jualan Grup Buku Karangkraf, Roziyana Omar berkata, pelbagai jenis bahan bacaan diberikan  diskaun bermula 20 hingga 80 peratus.

Karnival dengan kerjasama Syarikat Muda Osman dan THR Gegar itu akan berakhir hari ini selepas empat hari berlangsung dengan jayanya bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.745970.1508549405!/image/image.jpg
Serendah RM2...diantara buku yang dijual di Mini Karnival Karangkraf.

Untuk program hari terakhir karnival hari ini, di antara aktiviti yang akan diadakan ialah seperti slot Riang Ria Bersama Maskot Didi & Friends (11.30 pagi-12 tengah hari; 3 petang-3.30 petang dan 5.30 petang-6 petang).

Manakala bagi peminat novel pula akan terisi dengan slot Bedah Novel Bersama Siti Nur Dhuha dan Ayuma Umairah pada jam 1-2 petang.

Menarik lagi pada jam 2-3 petang pula akan diisi dengan slot Oh! Mudahnya Jahit Instant Shawl bersama Nurul Nadiah MZ dan slot bersama rakan kerjasama karnival, THR Gegar.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.