JOHOR BAHRU - Jenayah Allahyarham Syzlin Hataman, 43 iaitu mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selasa ini.

Warga Malaysia itu yang pernah dipenjara di Peru kerana kesalahan dadah dilaporkan meninggal dunia di Peru pada 7 Oktober lepas kira-kira jam 7.50 pagi waktu Malaysia akibat kompilasi beberapa penyakit iaitu asma dan kencing manis.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia (Bikum), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, jenazah Syzlin dijangka tiba di KLIA petang 17 Oktober ini dan kemudian akan dibawa ke Masjid Tun Hussein Onn di Larkin, di sini untuk disembahyangkan.

"Setelah itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini.

"Perkara ini telah mendapat persetujuan waris Allahyarham sendiri," katanya kepada pemebrita pada sidang media di rumah waris Allahyarham Syzlin di Larkin Jaya, di sini, hari ini.

Shamsul Anuar berkata, pihaknya membantu dengan menanggung semua perkara berkaitan urusan membawa pulang jenazah Syzlin dan kini sedang dalam beberapa proses terakhir.

"Ia termasuk urusan mengikut hukum agama iaitu memandikan dan mengkafan jenazah di rumah mayat di sebuah hospital di Peru.

"Proses lain termasuk pengawetan, keranda, permit untuk membawa pulang dan pembayaran denda tertentu.

"Semua kos untuk membawa pulang jenazah ditanggung oleh Biro Kebajikan Umno Malaysia namun saya berasa tidak perlu dinyatakan jumlahnya," katanya.

Beliau berkata, bantuan tersebut disalurkan pihaknya juga merupakan usaha bagi menunaikan hajat Syzlin untuk pulang ke tanah air.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Melihat proses memandikan jenazah menggunakan tempat sedia ada agak sukar kerana menggunakan ruang yang luas, ia mendorong tiga pensyarah Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) Semambu menghasilkan produk inovasi tempat memandikan jenazah yang ringan dan mudah dibawa.
  • MUAR - Jenazah Duta Besar Malaysia ke Switzerland Allahyarham Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor selamat dikebumikan di Tanah‎ Perkuburan Islam KITA, Batu 1.5 Jalan Bakri di sini, malam tadi.
  • SEPANG - Jenazah dua juruterbang pesawat MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong serta dua warganegara Belanda antara sembilan jenazah yang akan tiba di Malaysia hari ini.
  • SEPANG - Jenazah dua juruterbang pesawat MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong serta dua warganegara Belanda antara sembilan jenazah yang akan tiba di Malaysia esok.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.