KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk membantu menguruskan jenazah pelajar dan guru yang terkorban dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Dialog Antara Penganut Agama di Universiti Malaysia Sabah di sini hari ini, Jamil Khir berkata beliau perlukan maklumat lanjut mengenai kejadian itu sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk memperbaiki apa-apa kelemahan yang timbul.

“Saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga (pelajar dan warden yang terkorban) dan melahirkan rasa dukacita yang amat mendalam dengan kejadian kebakaran ini," katanya.

Sejurus merasmikan program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) itu, beliau bergegas untuk kembali ke ibu negara bagi melawat pusat tahfiz berkenaan, meskipun masih  mempunyai satu lagi program yang perlu dihadiri di sini.

Setakat 10.30 pagi tadi, kebakaran yang berlaku kira-kira 5.15 pagi itu mengorbankan 22 pelajar dan dua guru. –Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Tiga keluarga rakyat Malaysia dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan dan dilaporkan selamat susulan kejadian kebakaran hutan di bahagian utara dan selatan California pada Ahad (8 Oktober), menurut Wisma Putra.
  • KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kiosk makanan yang selalu berurusan dengan anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, berkata, dia masih tidak dapat melupakan momen manis ketika bersama mereka.
  • ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sedia menyelaras sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bagi memastikan sekolah tahfiz memenuhi kriteria yang ditetapkan.
  • SEREMBAN - “Tak sempat saya nak buat apa-apa,” mengalir air mata si ibu, Noorazlina Bakry, 36, mengenangkan pemergian anak sulungnya, arwah, Muhammad Fahmi Abdullah, 11, mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
  • KUALA LUMPUR - Pengurusan 23 jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah disempurnakan dalam masa tiga jam 15 minit dan purata masa untuk menguruskan setiap jenazah hanya mengambil masa lebih kurang lapan minit sahaja.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.