KUALA LUMPUR - Masyarakat dinasihat supaya tidak menambah luka dihati keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan menyebarkan gambar mereka.

Sebaliknya menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad, masyarakat perlu memberi sokongan serta mendoakan kesejahteraan mereka yang terlibat.

"Tidak perlu disebarkan gambar-gambar yang mungkin melukakan hati keluarga mangsa.

"Cukuplah dengan mendoakan mereka di samping memberi sokongan moral, kewangan dan lain-lain yang wajar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa sama mendoakan semoga keluarga mangsa kebakaran tabah dan bersabar atas musibah yang menimpa.

"Saat menghadapi musibah, doa merupakan senjata utama seorang hamba. Melalui doa, seorang hamba berpasrah diri kepada ALLAH, bersimpuh di hadapan-NYA dan mengharapkan pertolongan-NYA semata.

"InsyaALLAH, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sedang dalam perjalanan ke sana (lokasi kejadian)," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Tiga keluarga rakyat Malaysia dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan dan dilaporkan selamat susulan kejadian kebakaran hutan di bahagian utara dan selatan California pada Ahad (8 Oktober), menurut Wisma Putra.
  • KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kiosk makanan yang selalu berurusan dengan anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, berkata, dia masih tidak dapat melupakan momen manis ketika bersama mereka.
  • ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sedia menyelaras sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bagi memastikan sekolah tahfiz memenuhi kriteria yang ditetapkan.
  • SEREMBAN - “Tak sempat saya nak buat apa-apa,” mengalir air mata si ibu, Noorazlina Bakry, 36, mengenangkan pemergian anak sulungnya, arwah, Muhammad Fahmi Abdullah, 11, mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
  • KUALA LUMPUR - Pengurusan 23 jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah disempurnakan dalam masa tiga jam 15 minit dan purata masa untuk menguruskan setiap jenazah hanya mengambil masa lebih kurang lapan minit sahaja.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.