KOTA BHARU - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu ekstrem dalam berpolitik sehingga boleh menggadai negara.

Menurutnya, pihaknya sedar wujud pihak-pihak luar yang  'mengintai' kestabilan Malaysia dengan agenda yang tidak baik.

"Ada anasir luar yang intai kita tapi apa penting ialah kita jaga rumah tangga kita. Tiada apa yang boleh menidakkan kita kalau kita bersatu. Sama juga dengan politik, 'jangan menang sorak, tapi kampung tergadai'," katanya dalam sidang media disini.

Hishamuddin terdahulunya merasmikan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Desa Pahlawan di sini.