SHAH ALAM - Saranan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali agar kembali mempelajari rukun negara seakan-akan memakan dirinya sendiri.

Netizen rata-rata bangkit mempertahankan tindakan Mahathir di laman media sosial.

Pengguna Facebook, Pyjan Ans meminta agar Jamal terlebih dahulu belajar tentang 'rukun' sebelum nasihat orang.

"Hang tu baik belajaq rukun tetangga, keluar rumah pakai tuala, pi berjalan merata dengan baju tak pakai, kalau terlondeh macam mana?" tulisnya.

Turut menyokong merupakan pengguna Facebook, Nasam Ismail.

"Dalam rukun tetangga tak kata jangan pulangkan pingat pun, sengaja je bawa isu ini hingga libatkan pihak Istana, perlembagaan dan ke arah aktiviti menghasut," tulisnya pula.

Ada juga yang memerli Jamal dengan bertanyakan berapa kali beliau sudah 'check in' lokap seperti pengguna Facebook, Wadeey.

"Cuma nak tanya, Tun berapa kali masuk penjara? Jamal pulak? Jadinya siapa yang patut belajar rukun negara?" soalnya.

Dalam pada itu, pengguna Facebook, Mediacar hormati tindakan Mahathir yang mempunyai pendirian tetap.

"Aku 'tabik' Tun sebab sanggup serah semula pingat itu, bukan macam orang sebelah sana, dah orang tak suka masih lagi syok sendiri," tulisnya.

Sementara itu, ada juga yang menyuruh agar Jamal mempelajari Rukun Iman dan Islam terlebih dahulu.

"Rukun Iman dan Islam dah fahamkan betul-betul tak? Rukun Negara tu ciptaan manusia sahaja sedangkan dua rukun tu kita tidak boleh sesuka hati ubah ye Jamal," tulisnya.

Jamal sebelum ini meluahkan rasa kecewanya apabila tindakan Mahathir dan Siti Hasmah memulangkan semula pingat Kebesaran Selangor dilihat sebagai biadab dan tidak menghormati Institusi Diraja.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saran Tun M, Isteri, Zaid kembali belajar Rukun Negara]

Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, Pengerusi Pakatan Harapan itu, dan isterinya perlu kembali ke alam persekolahan rendah bagi mempelajari tentang Rukun Negara.

Turut terkena tempias adalah bekas Menteri Datuk Seri Zaid Ibrahim.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - “Saya bersedia untuk menerima sebarang tindakan di atas apa yang saya lakukan,” kata Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
  • KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menerima watikah Ahli Kehormat Kelab Veteran Komando Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • SHAH ALAM - Bagi memberi sokongan kepada Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menjadi panel dalam wacana Sinar Harian kali ke-45, hampir ratusan para penyokongnya hadir ke Kompleks Media Karangkraf di sini, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini tampil dengan imej tersendiri bagi menyampaikan mesej terhadap kezaliman yang berlaku kepada etnik Rohingya.