AUTA

Status halal kacang cap Pagoda dan Ngan Yin diragui apabila beberapa keping gambar kacang tersebut menjadi viral di laman sosial.

Gambar menunjukkan longgokan kedua-dua kacang itu diletakkan di satu sudut sebuah pasar raya dan dilabelkan sebagai tidak halal.

Bagaimanapun, menurut kenyataan pemilik gambar, setelah membuat semakan di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati tarikh sijil halal bagi kedua-dua kacang itu masih sah.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff mengesahkan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin adalah halal.

Menurut beliau, gambar tersebut hanyalah salah faham apabila pekerja pasar raya di situ melakukan kerja-kerja pemindahan barang dan tidak membuang label ‘tidak halal’.

“Pihak pasar raya pada mulanya meletakkan minuman keras di sudut itu, tetapi kemudian menukar dengan pelbagai makanan ringan tanpa membuang label tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

FAKTA

Pengara h Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff mengesahkan kacang cap Pagoda dan Ngan Yin adalah halal. Menurut beliau, gambar tersebut hanyalah salah faham apabila pekerja pasar raya di situ melakukan kerja-kerja pemindahan barang dan tidak membuang label ‘tidak halal’.

“Pihak pasar raya pada mulanya meletakkan minuman keras di sudut itu, tetapi kemudian menukar dengan pelbagai makanan ringan tanpa membuang label tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • Tular satu artikel mengenai pengurusan hasil negara yang dikatakan diambil dari sumber Group Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • SEJAK beberapa hari lalu, kecoh di Facebook mengenai video yang mendakwa sebuah pasar raya besar di sekitar Shah Alam menjual daging ayam yang tidak disembelih.
  • Tular di media sosial satu dokumen berbentuk surat rasmi dari BPFK yang mendakwa bahawa produk Natural Progestrerones Cream dikelaskan pihak BPFK dan juga Kementerian Kesihatan.
  • SHAH ALAM - Satu gambar pasangan sedang melakukan hubungan seks disebarkan oleh orang ramai, yang didakwa berlaku di tepi laluan motosikal lebuh raya Changkat Kledang, Jawi, Pulau Pinang.
  • KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan melalui laman Facebook rasminya bahawa sehingga kini, minuman jenama Fanta adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.