KUALA LUMPUR - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Niosh) hari ini menggesa orang ramai melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan (OSH) di semua tempat kerja termasuk sekolah dan institusi pendidikan.

Pengerusi Niosh Tan Sri Lee Lam Thye berkata OSH perlu dijadikan agenda rakyat dan ia juga lebih penting sekarang berikutan tragedi kebakaran di  Pusat Tahfiz  Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung dis ini yang meragut 23 nyawa.

“Tragedi maut termasuk kebakaran di sekolah tahfiz boleh dielakkan jika sistem pengurusan OSH yang baik dilaksanakan di tempat kerja dan audit keselamatan dijalankan.

“Melalui bantuan agensi dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain, Niosh akan terus mendidik masyarakat dan memupuk kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di kalangan pekerja dan ahli keluarga mereka,” kata beliau.

Lee menjelaskan bahawa sekolah juga dianggap sebagai tempat kerja di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 dan oleh itu, jawatankuasa OSH harus ditubuhkan jika ia mempunyai 40 orang pekerja atau lebih.

Beliau berkata Niosh akan mengemukakan idea dan aspirasi pengamal OSH kepada kerajaan termasuk yang dikumpulkan semasa sesi Transformasi Nasional 2050 mengenai OSH di Tempat Kerja.

Lee seterusnya berkata Niosh juga akan mempromosikan kempen Vision Zero yang menekankan bahawa kecederaan dan keadaan uzur baik di tempat kerja  dapat dicegah jika amalan OSH yang baik diberi perhatian.

“Vision Zero bukanlah sasaran baharu tetapi perubahan dalam minda kita bahawa semua kecederaan dan keadaan uzur dapat dicegah. Pelaksanaannya bukan bermaksud pencapaian sifar kemalangan tetapi mencari penyelesaian untuk membantu mencegah kec ederaan dan keadaan uzur,” kata Lee.

Selain itu, Niosh menawarkan diskaun 20 peratus  untuk lapan daripada kursus kompetensinya dari  September hingga November tahun ini sempena Hari Kebangsaan (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 Sept).

Antara kursus itu ialah kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, kursus Penyelia Keselamatan Tapak dan dan kursus Doktor Kesihatan Pekerjaan.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - "Sudah tiba masanya program pementoran diterajui komuniti diperkenalkan di negara ini bagi membimbing dan mempengaruhi golongan muda agar mereka menjauhkan diri daripada jenayah," kata Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
  • KUCHING - Pemaju dan kontraktor sekali lagi diingatkan agar melaksanakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang terbaik di tapak pembinaan dan kawasan kerja bagi mengelakkan kemalangan yang melibatkan pekerja dan orang awam.
  • KOTA KINABALU - Jumlah kemalangan industri dan semasa dalam perjalanan pergi dan balik kerja dalam tempoh lima tahun sejak 2012 di seluruh negara adalah membimbangkan, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye.
  • KUALA LUMPUR - Pertumbuhan pesat ekonomi di Malaysia perlu diseimbangkan dengan nilai moral dan kemasyarakatan dan sehubungan itu kini masanya untuk membangunkan rangka kerja baharu, efektif dan mampan bagi menangani pelbagai masalah sosial menerusi pasukan petugas khas.
  • KUALA LUMPUR - Majikan perlu melaksanakan pelan pencegahan atau mengurangkan risiko psikososial bagi mewujudkan persekitaran sihat di tempat kerja, kata anggota Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental Tan Sri Lee Lam Thye.