PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan keputusan untuk mengkorporatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak lama lagi dengan skim perkhidmatan yang lebih baik.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah pengkorporatan JKDM  telah tertangguh berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.

"Memandangkan kecemerlangan anggota Jabatan Kastam menjalankan tugas dengan cemerlang maka kerajaan akan korporatkan jabatan ini dengan skim perkhidmatan yang lebih baik," katanya.

Berucap pada Majlis Penghargaan Kastam Bersama Perdana Menteri di sini malam ini, Najib berkata ia merupakan hadiah terbaik kepada anggota JKDM dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad yang akan bersara beberapa hari lagi.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Bayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibayar mulai Isnin ini.
  • PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dengan kerjasama badan korporat meningkatkan kempen keselamatan di laut.
  • JOHOR BAHRU - Prestasi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang berjaya merekodkan peningkatan keuntungan pada tahun lalu menunjukkan perniagaan itu dapat diuruskan dengan baik selaras dengan fungsi penubuhannya.
  • SHAH ALAM - Baucar KFC bernilai RM10 menanti pengunjung bertuah yang mengunjungi Jualan Gudang Karangkraf Awal Tahun 2018, semalam dan hari ini.
  • BACHOK - Malaysia tidak akan muflis hanya jika dengan tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang mengenai ekonomi negara ini.