SHAH ALAM - Majlis Agama Islam perlu mengambil tindakan terhadap majikan hotel yang tidak membenarkan pemakaian tudung ke atas kakitangan.

Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, larangan pemakaian tudung jelas menunjukkan pihak itu tidak menghormati kebebasan asasi individu.

Selain  itu, ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kami ingin menyelar tindakan majikan hotel yang tidak membenarkan kakitangan mereka yang beragama Islam dan bertudung untuk berkhidmat di kaunter perkhidmatan pelanggan.

"Perkara 3 Perlembagaan jelas menyatakan Islam adalah agama Persekutuan manakala Perkara 11 Perlembagaan memberikan hak kepada setiap warganegara itu untuk bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing selagi mana ianya tidak menjejaskan ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, pemakaian tudung di tempat kerja adalah hak yang dijamin Perlembagaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Semua ketua agama Islam negara ini perlu bersuara]

"Justeru, tindakan majikan tersebut sebagai bukan sahaja tidak demokratik malah turut tidak berperlembagaan dan menyeru agar Jabatan dan Majlis Agama Islam serta agensi dan kementerian yang berkenaan untuk mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya isu tersebut tidak berulang pada masa akan datang kerana Perlembagaan juga melalui Perkara 8 melindungi semua warganegara Malaysia daripada sebarang diskriminasi," katanya lagi.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Muslimat Pas mengucapkan syabas kepada tiga persatuan hotel di negara ini yang menandatangani akur janji tiada lagi polisi larangan bertudung pada 8 Januari lalu.
  • PUTRAJAYA - Tiga persatuan hotel semalam menandatangani aku janji bersama Kementerian Sumber Manusia untuk tidak menetapkan sebarang polisi melarang pekerja wanita hotel memakai tudung.
  • SHAH ALAM - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara perlu menggunakan kuasa yang telah diperuntukkan oleh undang-undang bagi memastikan kedudukan Islam dan hak umat Islam terus terpelihara.
  • MARAN - Kementerian Sumber Manusia masih meneliti untuk memuktamadkan keputusan yang perlu diambil dalam menyelesaikan isu larangan bertudung melibatkan pekerja wanita Islam di hotel.
  • KUALA LUMPUR - Larangan bertudung terhadap pekerja wanita di bahagian kaunter hotel tidak boleh diterima atau dirunding kerana ia satu penghinaan yang melanggar tiga perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, tegas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.