SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta untuk tampil menjelaskan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad, kononnya beliau mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Ahmad Zahid perlu membersihkan namanya, kerana dakwaan itu sangat berat dan akan mencalar kredibilitinya.

"Pada saya beliau harus jawab, sudah pegang jawatan sebagai menteri, beliau ada tanggungjawab moral kepada rakyat maka bila persoalan dibangkitkan dengan milikan saham yang agak luar biasa, beliau  wajib jawab," katanya kepada pemberita di Institut Darul Ehsan, di sini hari ini.

Baru-baru ini Dr Mahathir membangkitkan isu pengisytiharan harta dibuat Ahmad Zahid semasa dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya.

Bagaimanapun Dr Mahathir menyatakan beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.

Rentetan daripada itu, Zahid menyatakan kesediaan disiasat SPRM berhubung dakwaan Mahathir tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu RM230j : Ahmad Zahid sedia disiasat SPRM]

Timbalan perdana menteri menyatakan kerelaan hati untuk disiasat SPRM bagi membetulkan apa yang disifatkannya sebagai satu pembohongan, namun pada masa sama turut meminta harta bekas perdana menteri dan keluarganya juga disiasat suruhanjaya tersebut.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah turut menggesa agar SPRM segera bertindak berhubung pendedahan dakwaan itu.

"Selebihnya saya menunggu SPRM, lama benar nak lakukan sesuatu, dan setakat ini masih tiada tindakan," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa sedih dengan insiden keganasan di program Nothing to Hide 2.0, semalam.
  • TAPAH - Komunikasi silang budaya dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu terus dipertahankan bagi mengelak berlakunya pemetakan masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.