KUALA LUMPUR - Isu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus dibangkitkan para perwakilan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Pada hari terakhir perhimpunan itu, beberapa perwakilan yang membahaskan usul agama dan pendidikan mengingatkan para peminjam PTPTN supaya lebih bertanggungjawab untuk melunaskan pinjaman masing-masing.

Wakil Pergerakan Pemuda Umno, Senator Datuk Zali Mat Yassin berkata peminjam PTPTN perlu segera membuat pembayaran pinjaman kerana ia akan membantu pelajar lain mendapat pembiayaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Anggota perwakilan Negeri Sembilan Syamsul Amri Ismail, yang lebih dikenali sebagai Syamsul Debat, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang prihatin dengan menyediakan kemudahan pendidikan untuk rakyat pelbagai peringkat usia.

Namun, katanya masih ada pihak yang mendakwa kerajaan BN 'kejam' khususnya dalam isu pembayaran balik PTPTN sedangkan agensi berkenaan menyediakan kemudahan membuat rundingan bayaran balik pinjaman.

"Yang keputusan peperiksaan baik, tak payah (perlu) bayar. Jadi poielah (pergi) belajar. Bising-bising buek apo? Selain itu, kito (kita) siapkan prasarana pendidikan, tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Tabika Perpaduan," katanya.

Sehingga September tahun ini, hampir tiga juta pelajar menerima pinjaman berjumlah RM48 bilion daripada PTPTN. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Dijanjikan peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah, itu antara modus operandi sebuah kolej swasta di utara semenanjung bagi menarik lebih ramai melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu.
  • KUALA LUMPUR - Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat kepada RM3.4 bilion setakat Oktober lepas berbanding RM1.5 bilion bagi tempoh sama pada 2015.
  • GELANG PATAH - Cadangan agar pembiayaan pendidikan di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperluaskan kepada pelajar Malaysia di luar negara perlu dibentangkan ke Parlimen untuk pindaan.
  • KUALA LUMPUR - "Hanya dua peminjam daripada 2.8 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diisytiharkan muflis oleh institusi itu sejak penubuhannya pada 1997," kata Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
  • LENGGONG - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meminta peminjam yang disenarai hitam supaya berunding dengan pihaknya selewat-lewatnya tujuh hari bagi mengelak masalah berlaku sebelum berlepas ke luar negara.