JOGJAKARTA - Industri pelancongan diyakini mampu memperkukuhkan hubungan di antara Indonesia dan Malaysia.

Pengarah Tourism Indonesia, Tendi Nuralam berkata, kerjasama dua negara berjiran ini sememangnya sedia terjalin dalam pelbagai bidang, termasuk pelancongan.

“Ini bukan saja menjana ekonomi, sebaliknya mengeratkan silaturahim rakyat dua negara ini yang terjalin sejak turun temurun kerana kita serumpun.

“Justeru, keutuhan ini boleh membantu menyelesaikan perselisihan faham kecil yang pastinya tidak disengajakan seperti isu tersalah cetak bendera Indonesia baru-baru ini dalam buku cenderamata Sukan Sea dan isu popia atau lumpia yang timbul tak lama dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program berbasikal Jelajah Nusantara yang dianjurkan sempena 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.

Progran itu dirasmikan oleh adinda Sultan Yogyakarta, Gusti Bendoro Pangeran Haryo Prabukusuma dan turut dihadiri Pengarah Lembaga Pelancongan Malaysia di Indonesia, Roslan Othman.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.