KUALA LUMPUR - Tindakan yang diambil terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan atau melakukan perbuatan menghina serta mengelirukan mengenai Islam tidak terhad kepada perundangan sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya, kata beliau ada tindakan lain yang diambil oleh institusi agama Islam seperti mengikuti kelas agama yang dikenakan ke atas ‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Dalam konteks Siti Kassim, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah pun ambil tindakan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya sewaktu menjadi anggota panel bagi kluster agama di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan peserta berhubung tindakan diambil kerajaan terhadap individu seperti Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim yang dilaporkan kerap mengeluarkan kenyataan menghina dan mengelirukan mengenai Islam. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :