SUNGAI BULOH – Warga Mini RTC Paya Jaras mengimarahkan 10 Ramadan terakhir dengan #QuranHour dalam Semarak Ramadan pada Jumaat lalu.

Pengurusnya, Mohd Aliff Mohd Ali berkata, pihaknya yang menganjurkan majlis khatam al-Quran, tahlil dan bacaan doa selamat, turut menyokong kempen Malaysia #QuranHour yang berlangsung hari ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Menurutnya, RTC Paya Jaras julung kali menganjurkan siri tadarus al-Quran untuk orang ramai pada setiap pagi Jumaat sejak 9 Jun lalu.

 Katanya, usaha itu mendapat kerjasama daripada penggerak Rumah Ngaji@Sinergi Sidratulmuntaha, Zaleha Mohamad sebagai tenaga pengajar.

“Kebanyakan masyarakat boleh membaca, tapi kurang dari segi penghayatan dan membaca al-Quran sebagai amalan.

“Sebenarnya banyak hikmah dan faedah jika umat Islam mampu baca, faham dan amal al-Quran, malah terdapat doa dalam al-Quran yang boleh diamalkan untuk menjadikan perniagaan lebih berkat.

“Justeru, kempen Malaysia #QuranHour ini dilihat mampu menarik minat masyarakat agar dekati al-Quran dan membudayakannya dalam kehidupan seharian,” katanya.

Sementara itu, Zaleha yang juga penganjur Semarak Ramadan berkata, konsep tadarus memberi peluang kepada peserta membaca al-Quran dan disemak oleh guru serta rakan-rakan.

“Melalui aktiviti bertadarus ini, peserta dapat memperbaiki bacaan secara mudah dan mengikut tahap kemampuan masing-masing.

“Ilmu hukum tajwid dan makhraj turut dikongsi dengan peserta. Pendekatan tadabbur dan tazakkur turut membantu peserta memahami dan mengamalkan daripada isi kandungan al-Quran,” katanya.

Program Semarak Ramadan itu turut dimeriahkan dengan penyertaan 30 pelajar Maahad Tahfiz At-Taqwa, Kampung Kubu Gajah dan tiga guru pengiring, Borhan Abdul Latif, Altaf Ur-Rehman serta Abidah Hanif.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DENGKIL - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turun ke setiap negeri sepanjang bulan Ramadan untuk berbuka puasa.
  • SHAH ALAM - "Bila kita 'left group' bukan kita putus silaturahim...putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara 'left group' bukan sampai tahap begitu,"...
  • SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa tindakan memuat naik gambar makanan di Facebook ketika bulan puasa tidak jatuh haram hukumnya.
  • BATU PAHAT - Kerajaan sedia menimbang cadangan memendekkan waktu rehat selama setengah jam untuk penjawat awam semasa Ramadan bermula bulan depan.