KUALA LUMPUR - Mulai tahun ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan syarat baharu dalam mengambil serta melatih pegawai dan anggota sejajar dengan hasrat negara menjadikan pegawai dan anggota tentera bertaraf dunia.

Panglimanya Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, syarat baharu yang diperkenalkan ATM itu merangkumi dua perubahan dalam pengambilan pegawai dan anggota yang akan dinilai melalui kelulusan akademik.

"Syarat baharu ini kami mula laksanakan awal tahun ini iaitu jika seseorang individu memohon menjadi pegawai muda, kelayakan akademik dinilai adalah dengan memiliki ijazah kelas pertama dengan kepujian dalam mana-mana bidang.

"Berbeza dengan syarat sebelumnya yang hanya dinilai dengan memiliki ijazah, tanpa mengira kelas pertama atau kedua, dan diploma dalam apa-apa bidang," katanya ketika ditemu bual Bernama, di pejabatnya baru-baru ini.

Zulkifeli berkata, syarat baharu kedua ialah individu yang memohon untuk pengambilan anggota lain-lain pangkat hendaklah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata, sebelum ini permohonan untuk jawatan anggota lain-lain pangkat sekadar memerlukan kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Ini selaras dengan hasrat ATM khususnya dan negara amnya dalam menjadikan pegawai dan anggota ATM bukan sahaja mempunyai kelebihan fizikal dan mental malah mempunyai kelebihan dari segi akademik yang mampu mengangkat nama ATM," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan menyasarkan untuk membina 25,000 unit rumah mampu milik untuk anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara menjelang tahun 2030 menerusi Program Satu Anggota Satu Rumah (SaSaR).
  • KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyediakan hospital medan yang dilengkapi peralatan perubatan bagi Misi Kemanusiaan Pelarian Rohingya di Chittagong, Bangladesh pada bulan ini.
  • SUNGAI PETANI - Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Ramli Jaafar hari ini membuat lawatan ke rumah Sarjan (B) Ahmad Md Isa (3122) sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-84, di sini.
  • PUTRAJAYA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah aset penting keamanan negara yang perlu dikenang, dirai dan diiktiraf, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KEMAMAN - Rakyat diminta tidak meragui kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana sudah terbukti tentera mampu mempertahankan setiap inci tanah air sehingga sekarang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.