KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Idris Jusoh, 58, yang banyak terlibat dalam pembangunan pendidikan dan pembangunan Islam di Terengganu, dilantik Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II.
   
Anggota Parlimen Besut itu, yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan selama sepenggal pada 1995, turut memainkan peranan dalam memantapkan pembangunan Islam di Terengganu.
   
Beliau memperkenal Sekolah IMTIAZ, Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab, Pintar Quran serta pelbagai inisiatif dalam pendidikan di Terengganu, khasnya sekitar Besut dan Setiu.
   
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu, yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu dari 2004 hingga 2008, memiliki Ijazah Sarjana MBA University of New Haven, Amerika Syarikat (1988) dan Ijazah Sains Sosial Universiti Sains Malaysia pada 1980.
   
Anak kelahiran Kampung Tok Has Jertih itu juga merupakan orang yang memainkan peranan besar dalam menaikkan semangat 'gelombang biru' sehingga berjaya menumbang kerajaan negeri Pas di Terengganu pada pilihan raya umum 2004 dengan memenangi 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan penuntut institusi pendidikan tinggi memohon kad konsesi pelajar bagi menikmati diskaun 50 peratus ke atas tambang pengangkutan awam mereka di sekitar Lembah Klang.
  • BESUT - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berharap pelaksanaan Pentaksiran Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) pada tahun 2019 mampu membentuk penuntut universiti di negara ini dengan keperibadian yang holistik (menyeluruh) dan seimbang.
  • KUANTAN - Kolej Komuniti bakal menjadi 'game changer' kepada masyarakat di negara ini dengan penyediaan kursus-kursus kemahiran dan tenaga pengajar berkemahiran yang seiring dengan Revolusi Perindustrian keempat (Industri 4.0)
  • BESUT - Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menyarankan agar kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun diberi pendedahan awal mengenai mata pelajaran pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta bahasa asing bagi memastikan mereka bersedia menghadapi kemajuan dunia dalam bidang berkenaan.
  • SERDANG - Perlaksanaan MyE-Portfolio akan menjadi platform terbaik buat mahasiswa mempamerkan bakat, keupayaan dan kemahiran untuk dinilai pihak industri secara menyeluruh.