SHAH ALAM - Hujan diramal turun pada waktu pagi di satu dua tempat sekitar Johor.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan menjelaskan, cuaca berkenaan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

"Pada sebelah petang ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat termasuk kawasan pedalaman.

"Suhu dijangka menurun sehingga 23'c sepanjang hari," katanya.

Sementara itu, hujan diramal turun pada sebelah pagi di kawasan pantai dan ribut petir pada sebelah petang di satu dua tempat sekitar Negeri Sembilan.

"Pada sebelah malam pula cuaca diramal baik tanpa hujan dengan suhu 31'c," katanya.

Di Melaka, cuaca diramal cerah namun hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pantai dan pedalaman.

Bagaimanapun, tiada amaran ribut petir menyeluruh dikeluarkan untuk ketiga-tiga negeri.