SHAH ALAM - Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mempersoalkan apakah bentuk rancangan Kementerian Pertahanan untuk membela kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Hishamuddin menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya mengingatkan PH sebelum ini berjanji dalam buku harapan untuk menyelaraskan kadar pencen veteran ATM dengan kos sara hidup semasa.

Bahkan menurutnya, PH juga berjanji untuk membiayai peruntukan awal sebanyak RM500,000 kepada persatuan bekas tentera.

“Apa rancangan Mindef untuk membela kebajikan vateren ATM,” soalnya.

Perancangan mengenai penyelarasan kadar pencen berkenaan sebelum ini telah dimasukkan dalam Janji 20, Manifesto Harapan.