SHAH ALAM - Kenyataan Setiausaha Luar Negeri Filipina, Alan Peter Cayetano yang juga Ketua Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) mengenai krisis warga Rohingya di Myanmar dilihat sebagai cetek, bersifat hipokrit dan mengecewakan.

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata, krisis tersebut seharusnya dilihat dalam perspektif yang lebih besar kerana ini adalah pembersihan etnik umat Islam oleh Kerajaan Myanmar.

Menurutnya, Pegawai Kanan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Zeid Ra'ad al-Hussein turut mengatakan perkara tersebut melanggar undang-undang antarabangsa.

"Selain itu, amat mengecewakan apabila beliau mengutuk serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar tetapi tidak berdiam diri apabila pasukan tersebut menyerang etnik Islam Rohingya di Rakhine.

"Ini jelas menunjukkan bahawa Pengerusi Asean tidak mengambil peduli krisis di Myanmar yang jelas memberi kesan pada Muslim di sana," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Malaysia menentang kenyataan yang dikeluarkan Cayetano mengenai krisis etnik Rohingya di Myanmar di mana beliau mengakui masalah tersebut dan mengalu-alukan komitmen pihak berkuasa Myanmar mengambil langkah segera menangani isu tersebut.

Sementara itu, Vell Paari menyeru agar semua pemimpin Asean bersatu menyokong Malaysia dan mengakui bahawa kita menentang pembersihan kaum etnik Rohingya di negara tersebut.

"Sudah tiba masanya untuk kita semua membincangkan tentang penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini.

"Penjenayah di Myanmar seharusnya bertanggungjawab atas apa yang telah mereka lakukan, tiada alasan buat mereka untuk mempertahankan tindakan mereka itu tidak kira di Myanmar ataupun di lokasi lain," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Cadangan sesetengah pihak supaya Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar tidak efisien kerana ia akan hanya mengehadkan peluang untuk negara ini terus menghantar bantuan kepada etnik Rohingya.
  • SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan misi ketiga ‘Negaraku Prihatin, Misi Kemanusiaan untuk Rohingya’ yang membawa muatan 56.6 tan makanan dan bantuan bekalan keperluan kepada pelarian-pelarian Rohingya yang sedang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar.
  • SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) yakin persida-ngan Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di Istanbul, Turki dapat mencari penyelesaian isu Rohingya.
  • SHAH ALAM - Pertubuhan kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) menggesa semua negara Islam agar berhenti daripada bersifat dayus dalam menangani isu penghapusan etnik Rohingya yang kini semakin meruncing.
  • MELAKA - Kementerian Kesihatan bersiap sedia untuk menyalurkan perkhidmatan dan kepakaran kesihatan kepada pelarian Rohingya di Kem Kutupalong, Coxs Bazar, Bangladesh, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.