KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 naik satu sen, masing-masing kepada RM2.17 seliter dan RM2.47 seliter bermula tengah malam ini, 19 hingga 25 Oktober ini.

Harga runcit diesel juga naik satu sen kepada RM2.11 seliter, demikian dinyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi infografik di laman sesawangnya hari ini.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 12 Oktober hingga 18 Oktober, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.16 seliter, RON97 (RM2.46 seliter) dan diesel (RM2.10 seliter). -  Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.