SUNGAI SIPUT (U) - Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 (RUU 355) diharap dapat dibentangkan sebelum sidang Parlimen tamat minggu ini.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau berharap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan rang undang-undang itu dibentangkan.

Menurutnya, usaha membentangkan usul itu kembali kepada asal iaitu usul persendirian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan tidak membentangkan RUU 355 dalam Dewan Rakyat.

“Isu ini balik asal (menjadi usul persendirian). Najib pun ada beri kenyataan rasmi bahawa usul ini akan kekal sebagai usul persendirian dan akan dibawa Presiden Pas nanti.

“Harap usul ini dibenarkan dibentangkan seperti mana dua kali dibenarkan sebelum ini. Minggu ini minggu akhir Parlimen, jadi kita harap akan ada satu hari untuk Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  bentangkan dan dibahaskan usul tersebut,” katanya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda Pas Negeri Perak kali ke-34, di sini, semalam. Turut hadir Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin.

Sementara itu, Mohd Akmal menyangkal dakwaan sesetengah pihak menyatakan Pas dipermainkan dalam isu RUU 355.

Katanya, persepsi itu ditimbulkan lawan Pas dengan tujuan mendapatkan sokongan rakyat dan  menggambarkan seolah-olah parti itu lemah.

“Pas dari dulu memang begini, bila buat satu perkara, kami konsisten," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pas akan mengambil beberapa langkah dan inisiatif berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164) yang diluluskan di Parlimen, 9 Ogos lalu.
  • IPOH - Kerajaan Kelantan dilihat tidak akan berjaya melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai sebagaimana yang diluluskan persiidangan Dunnya baru-baru ini.
  • KUCHING - Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan semalam perlu dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di negeri itu sahaja, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • SHAH ALAM - Pas terbuka dengan sebarang kritikan dan cadangan oleh mana-mana pihak mengenai isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
  • ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana memberi laluan kepada parti itu membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Sya­riah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.