YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengharapkan pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri\Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini turut menyentuh usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan institusi agama di seluruh negara.

Beliau berkata, ini termasuk dari segi gaji selain membina dan menaik taraf bangunan Mahkamah Syariah untuk keselesaan kakitangannya dalam berkhidmat kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya beliau sedar semua itu perlu mengambi kira kedudukan kewangan semasa kerajaan.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Meraikan Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah Yan yang Memenangi Pertandingan Keceriaan Negaraku peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini, Jamil Khir juga berharap kerajaan membangunkan Pusat Falak di Pulau Bunting di sini untuk penyelidikan dan kaitan mengenai ilmu falak.

Katanya, menurut Persatuan Falak Syar’ie Malaysia, Pulau Bunting lokasi yang paling bertepatan untuk mengukur kedudukan anak bulan bagi menentukan bulan dan tahun  baharu dalam kalendar Islam, berdasarkan kesesuaian lokasinya yang mempunyai ufuk timur dan barat dan tidak terlindung. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan dalaman Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kebal daripada campur tangan badan kehakiman, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan.
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara akan bermula Isnin ini selepas Tun Dr Mahathir Mohamad gagal memperoleh perintah mahkamah untuk menangguhkan prosiding itu.
  • YAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan memberi penjelasan di mahkamah sekiranya kerajaan Pulau Pinang meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap badan itu susulan dakwaan penemuan 'maklumat mengejutkan' tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu.
  • PUTRAJAYA - Para hakim dan peguam digalakkan menulis jurnal atau laporan tahunan bagi mengembangkan prinsip undang-undang di negara ini, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.