KOTA BHARU -  Guru yang didakwa menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya dibebaskan sementara hari ini dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata, ini berikutan perintah tahanan reman terhadap guru itu selama tujuh hari telahpun berakhir.

"Suspek kini dibebaskan sementara dengan ikat jamin polis sehingga siasatan mengenai kes itu lengkap dan akan merujuk kembali kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Guru berusia 37 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Tok Bali ditahan kira-kira 7 malam Khamis lepas di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat di sini.

Guru sekolah rendah itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati katak' dalam laman sosial Facebooknya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Guru-guru kini sedang dilatih dalam proses lebih memahami penilaian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
  • PEKAN - Tindakan tegas diambil terhadap individu mempersendakan institusi kesultanan dan raja Melayu di media sosial kerana menjaga kedaulatan institusi kesultanan dan beraja termaktub dalam perlembagaan negara selain ia juga sebahagian daripada identiti negara dan bangsa Melayu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.
  • TANJUNG MALIM - Para guru hendaklah melengkapkan pelajar dengan komponen ‘bina negara dan bina bangsa’ sepanjang 11 tahun mereka berada di bangku sekolah, titah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
  • MUAR - Kementerian Pendidikan sedang mengumpul idea dan pandangan daripada kalangan guru dan ahli akademik seluruh negara bagi menangani masalah salah laku pelajar yang semakin membimbangkan.
  • PUTRAJAYA - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini mencadangkan kementerian berkaitan bekerjasama mewujudkan kod etika untuk ibu bapa bagi mengelakkan berulangnya kejadian guru diserang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.