SHAH ALAM - Bagi menyatakan soladariti buat etnik Rohingya, kerajaan didesak agar mengantungkan pengambilan pekerja asing daripada negara Myanmar.

Pandangan itu disuarakan Malaysian Community Care Foundation (MCCF) yang mana menurut mereka ia juga sebagai amaran serius daripada kerajaan Malaysia sebagai langkah protes kepada sikap keras kepada Ann Sang Suu Kyi.

Pengerusi MCCF, Halim Ishak berkata, kerajaan Malaysia bertindak tegas di dalam perkara ini.

"MCCF yang menjalankan program pendataan warga asing tanpa dokumen dan terpinggir juga mendapat banyak laporan tentang isu warga Myanmar yang terlibat dalam banyak kes mabuk dan pergaduhan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya,di samping itu juga disyorkan juga agar pelarian Rohingya yang berada di Malaysia di berikan latihan kerja dan pendidikan tentang budaya Malaysia agar mereka boleh di tempatkan bekerja di sektor perladangan dan pertanian sementara mereka di pindahkan ke negara ketiga.

"Ini akan dapat mengurangkan kos saraan pihak kerajaan serta menjamin keselamatan dan keharmonian komuniti masyarakat Malaysia yang amat perihatin di atas kezaliman yang di lakukan ke atas etnik Rohingya," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia persoal Myanmar tangani isu Rohingya]

Dalam pada itu, dalam perkembangan isu ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini membuat kenyataan tegas dan berani Malaysia mengenai isu Rohingya di Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) + 3 di Manila selepas isu tersebut dibangkitkan oleh Myanmar.

Beliau mempersoalkan tindakan Myanmar yang tidak membenarkan bantuan kemanusiaan daripada organisasi antarabangsa dan tindakan pasukan keselamatannya yang membunuh wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan kerana etnik Rohingya adalah manusia bukannya haiwan.


Sebelum itu wakil Myanmar mempersoalkan bantuan antarabangsa untuk Rohingya kerana menuduh mereka sebagai pengganas.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Di tengah-tengah kebanjiran drastik pelarian Rohingya ke Bangladesh berikutan keganasan di utara Wilayah Rakhine, Myanmar, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) akan menghantar kira-kira 60 kakitangan perubatan dalam enam bulan akan datang.
  • PUTRAJAYA - Malaysia bimbang bahawa lebih 400,000 etnik Rohingya yang sekarang mencari perlindungan di Bangladesh berikutan pergolakan di wilayah Rakhine kemungkinan menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
  • SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Kesatuan Negara Asia Tenggara (Asean) perlu memberi sokongan sepenuhnya terhadap usaha Bangladesh bagi mendesak Myanmar mengisytiharkan zon selamat antarabangsa bagi menangani krisis Rohingya.
  • SHAH ALAM - Pemuda Amanah menggesa kerajaan menyediakan pelan strategi yang efisyen dalam usaha menguruskan pelarian Rohingya dengan baik.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.