KUALA LUMPUR - Kos penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara asal termasuk kos perbelanjaan mereka di pusat tahanan mungkin dapat diminimakan apabila Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) dapat dilaksanakan di negara ini.

Pengerusi Eksekutif Bestinet Sdn Bhd, Tan Sri Azmi Khalid berkata, dengan sistem ini, kerajaan dapat mengesan tarikh luput permit mereka sekali gus memberi peringatan kepada majikan supaya memperbaharui permit pekerja mereka.

"Dengan sistem ini, kita dapat pastikan mengurangkan kos kerajaan bagi makan dan servis di pusat tahanan Pati sedia ada.

"Bila sistem ini berkuat kuasa kelak, mereka (pendatang asing) tidak boleh melarikan diri," katanya pada sidang media di ibu pejabat Bestinet, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sewaktu beliau menjadi menteri di kementerian dalam negeri, purata perbelanjaan bagi Pati kira-kira RM5 seorang dan kos itu pada hari ini mungkin meningkat.

"Kos RM5 untuk menanggung makan, minum dan perbelajaan lain termasuk perubatan.

"Kalau sistem itu boleh dijalankan, kita dapat jimatkan kos perbelanjaan kerajaan untuk penempatan sementara Pati ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Azmi juga menafikan Bestinet cuba memonopoli urusan pekerja asing itu sambil menegaskan mereka tidak pernah dianugerahkan kontrak bagi melaksanakannya pada 15 Januari lalu.

"Kami diminta kerajaan untuk laksanakan sistem itu untuk membuktikan modul kami itu berkesan, dan tiada caj dikenakan kepada mana-mana pihak.

"Kami juga tidak diberikan kontrak oleh kerajaan, mana mungkin tuduhan mengatakan kami monopoli sektor ini," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen sedang dalam proses mewartakan i-kad sebagai pengenalan diri pelajar asing yang sah di institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan asing perlu menghormati usaha Malaysia dalam menahan dan menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (Pati) menerusi operasi besar-besaran yang dikenali sebagai ‘Op Mega E-Kad’ di seluruh negara.
  • SHAH ALAM - Sudah tiba masanya untuk kerajaan Umno BN dan majikan tempatan untuk bekerjasama sepenuhnya bagi membasmi Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) di negara ini.
  • SHAH ALAM - Pembinaan dan pertanian antara dua sektor yang paling terkesan selepas kerajaan tidak melanjutkan tempoh permohonan Enforcement Card (E-Kad) pendatang asing tanpa izin (Pati) mulai 1 Julai lalu.
  • SHAH ALAM - PKR menghargai tindakan Jabatan Imigresen yang mengusir warga asing dan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang melakukan pelbagai kesalahan ke negara asal.