• ATM ATM
1 /

PENANTIAN 46 tahun melangkah kelompok empat terbaik sudah dilepasi, kini menjadi penghalang adalah Kelantan sebelum ATM bergelar Juara Piala Malaysia 2012 buat kali pertama semenjak diperkenalkan pada 1921-1932 (Piala Malaya), 1933- 1966 (Piala HMS Malaya) sebelum ia ditukar nama Piala Malaysia mulai 1933 sehinggalah sekarang.

Kali terakhir beraksi dipentas final pada 1966, ketika itu dikenali sebagai Piala Malaya namun dikecewakan Selangor (0-1), ATM kini berbeza dengan membuat rombakan besar-besaran malah digelar 'Manchester City Malaysia' dengan membawa masuk nama besar yang merupakan pemain kebangsaan dalam skuad dibimbing jurulatih penuh karisma B Sathianathan.

Bermula saingan Piala Malaysia dan diundi dalam Kumpulan B bersama Kelantan, Terengganu dan Kedah bukanlah halangan buat skuad yang mendapat gelaran 'The Army Warriors' walaupun mereka dipisahkan oleh saingan liga berbeza.

Walupun berada dalam kumpulan maut, sejak dari awal lagi ATM dilihat mampu menjadi empat pasukan bakal beraksi dislot separuh akhir malah aksi di pentas final malam ini dianggap pencapaian terbaik mereka sejak dikenali sebagai pasukan bola sepak kerana ATM sebelum ini lebih sinonim dengan 'baju celoreng dan medan perbatasan'.

Tetap menyanjung Kelantan yang sebelum ini dibimbingnya, Sathia menjangkakan perlawanan sengit bakal disajikan memandangkan sebelum ini kedua pasukan pernah bertemu dan memihak kepada Kelantan ketika aksi pusingan kedua peringkat kumpulan di Kota Bharu.

“Terbukti Kumpulan B adalah ‘Kumpulan Maut’ pada kempen Piala Malaysia pada kali ini. Sehingga sekarang saya masih menyatakan bahawa Kelantan adalah pasukan terbaik di Malaysia.

“Kelantan juga berpengalaman. Kedua-dua perlawanan kami di peringkat kumpulan adalah yang paling sukar sepanjang musim ini,” jelasnya.

Kini dengan sejarah bakal dicipta malam ini, mampukah Sathianathan menlonjakkan nama ATM sebagai salah satu kuasa bola sepak tempatan.


PROFIL PASUKAN

Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia
Kem Kementah Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Tel : 03-20712279 Fax : 03:20714214
Email : onepbat@gmail.com

PRESIDEN PBAT
Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin

TIMBALAN PRESIDEN PBAT
Mejar Jeneral Datuk Mazelan Kasap

SETIAUSAHA
Leftenan Kolonel Abdul Rani Abdul Rahim
(03-20713976)

BENDAHARI
Leftenan Kolonel Abdul Rani Abdul Rahim
(03-20714214)

Jurulatih / Pengurus
B Sathianathan

Penolong Pengurus
Leftenan Kolonel Abdul Rani Abdul Rahman

Penolong Jurulatih
Kamarudin Mohd Noor
Shahrin Abdul Majid
Azhar Abdullah

PENCAPAIAN ATM
1996 - Piala FA (Suku Akhir)
2006 - Piala FAM (Naib Johan)
2004 - Piala FA (Suku Akhir)
2010 - Liga Perdana (Tempat ke-4)
2010 - Piala FA ( Suku Akhir)
2012 - Liga Perdana (Juara)