Sinar di hati: Adik Adam
SHAH ALAM - Hanya Facebook menjadi medium utama perhubungan Adam Akbar Ali berinteraksi dengan ahli keluarga lain sepanjang menerima rawatan di Hospital Johns Hopkins, Baltimore, Amerika Syarikat, sejak 15 Mei lalu.
Bapanya, Akbar Ali Mohamed Noordin berkata, Adam banyak berinteraksi dengan adik-adiknya menggunakan laman berkenaan selain menghubungi melalui telefon.
"Sememangnya Adam rindu adik-adiknya di Malaysia, bagaimanapun kami perlu meneruskan rawatan di hospital beberapa hari lagi sebelum sebarang keputusan mengenainya dikeluarkan. Adam semakin positif, kesakitan pada bahagian luka pembedahan semakin pulih," katanya, semalam.
Adam menjalani pembedahan diketuai Pakar Neuro, Dr George Jallo bagi membuang lebih 90 peratus tumor pada saraf tunjangnya pada 22 Mei lalu juga semakin aktif. "Adam banyak berkomunikasi dan ini satu perkembangan membanggakan. Kami juga menantikan laporan perubatan penuh sebelum dibenar pulang ke Malaysia," katanya.
- Polis: Himpunan pesta rakyat haram
- Zahid: 'Saya tak campur tangan'
- Himpunan 'Suara Rakyat 505' tetap diteruskan
- SPR : Kalau tak puas hati, inilah masanya guna undang-undang
- Adam Adli didakwa esok
- SPR warta keputusan PRU13 hari ini
- Penangan Adam Adli...
- Polis KL nafi gari Adam Adli dalam lokap
- Konflik Exco Selangor belum selesai
- Gred gaji bakal diselaras




