INGAT tidak sewaktu kecil dahulu, ibu bapa pernah membawa jalan-jalan ke taman tema air? pada waktu itu saat paling menggembirakan dalam hidup terutama pada hujung minggu atau cuti sekolah sebab boleh bermain sepanjang hari.

Namun apabila sudah meningkat dewasa, banyak taman tema air yang pernah di kunjungi dahulu, sekarang sudah banyak berubah ataupun sudah ditutup. Ini enam taman tema air di Malaysia pernah kita kunjungi tetapi kini sudah ditutup.

Mimaland, Selangor

Pada tahun 1971, taman tema ini merupakan yang pertama di Malaysia dibuka kepada orang ramai.  Pada waktu ini semua orang teruja ingin melawat tempat yang dipanggil Mimaland. Mimaland ini sebenarnya akronim untuk Malaysia in Miniature Land. Taman tema ini dahulu memang meriah dan menjadi antara lokasi pilihan bagi menghabiskan masa bersama keluarga.

Di sini juga terletaknya mini Jurassic Park.  Taman tema yang terletak di Ulu Gombak ini juga terletaknya tasik besar, 'maze' besar, gelongsor besar dan semua yang besar-besar belaka. Tetapi disebabkan banyak sangat insiden dan kejadian buruk berlaku, taman tema itu terpaksa ditutup.

Taman Teman Air Safari Lagoon, Kuala Lumpur (1998 – 2007)

Sepatutnya, ia menjadi taman tema ketiga yang terbesar di Asia Tenggara semasa tahun 1998. Ia terletak di tingkat tujuh dan taman tema itu paling besar di negara kita.

Taman tema ini bertemakan safari dan memang popular dalam kalangan warga tempatan pada tahun 2007. Tapi ada yang mendakwa berlaku insiden pekerja di tempat tersebut terbunuh akibat terperangkap dalam pam air. Paling teruk, khabarnya taman tema itu juga dikatakan beroperasi tanpa lesen selama lebih lapan tahun. Akibat banyak kes yang dilaporkan berlaku, taman tema itu akhirnya ditutup.

Starlight Express Theme Park, The Mall, Kuala Lumpur (1987 – 2006)

Taman Tema Starlight Express terletak di The Mall Jalan Putra ini memang popular. Ramai keluarga gemar berkunjung ke taman tema ini kerana dikatakan paling 'up-to-date' pada waktu itu. Lagipun The Mall pada ketika tu merupakan pusat beli belah paling besar di Malaysia.

Di Starlight Express ini, terdapat banyak tempat menarik dan pelbagai permainan bagi mereka yang suka aktiviti mendebarkan. Tetapi apabila, banyak pusat beli belah baharu ketika itu dan mewujudkan persaingan, jadi The Mall tidak mendapat sambutan dan akhirnya terpaksa ditutup pada tahun 2006.

Mines Wonderland Theme Park, Selangor (1997 – 2011)

Mines Wonderland merupakan salah satu taman tema paling menakjubkan di awal pembukaannya sebab ada banyak sangat tarikan dan permainan menarik di sini. Jadi, ramai kalangan ibu bapa suka membawa anak-anak melakukan aktiviti riadah di situ.   

Taman tema ini dibina di Mines Resort City. Ini bermakna tempat berkenaan dibina atas bekas lombong biji timah terbesar di dunia. Di sini, juga terletaknya zoo kecil tetapi taman tema ini terpaksa ditutup pada tahun 2011 dan digantikan dengan Mines Wellness City yang kita nampak hari ni.

Desa WaterPark, Kuala Lumpur (2000 – 2016)

Dahulu di sini terdapat gelongsor air yang antara terpanjang di Asia dan juga beberapa tarikan yang menarik lain.  Walaupun taman tema air ini tidak sepopular masa mula dibuka, namun setiap hari ramai yang berkunjung ke situ.

Namun, tanah taman tema ini dijual kepada Aset Kayamas Sdn Bhd untuk pelbagai projek pembangunan termasuk banglo, menara dan kondominium.  Lepas dibuka untuk hiburan orang ramai pada 2000, Desa WaterPark akhirnya ditutup pada 30 September 2016.

Wet World Wild Adventure Park, Penang (2013 – 2014)

Taman tema yang terletak di Moonlight Bay, Batu Ferringhi ini dahulu dikatakan salah satu 'sea water adventure park' pertama ditunggu-tunggu warga Pulau Pinang pada waktu itu. Taman tema ini disediakan macam-macam tarikan 'outdoor' seperti rock climbing, running trakcs dan trampolin.

Tarikan di sini lain dari yang lain kerana semuanya terapung di atas air.  Namun, banyak aduan diterima mengatakan susah ingin memasuki bahagian pantai dan harga tiket juga dikhabarkan semakin lama semakin mahal. Disebabkan itu, taman tema ini terpaksa ditutup selepas dibuka tidak sampai setahun.

Sumber: www.rilekslah.