TUMPAT - Kelantan membekalkan vaksin rabies di empat hospital di negeri itu untuk menyekat penularan wabak berkenaan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Junaideen Mohamad Zain berkata, setakat ini Kelantan bebas daripada wabak rabies namun jika ada kes penduduk digigit anjing atau kucing, ia perlu dilaporkan segera ke Unit Kawalan Penyakit.

Menurutnya, antara hospital yang dibekalkan vaksin itu ialah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Hospital Tumpat, Hospital Pasir Mas dan Hospital Tanah Merah.

"Saringan akan dilakukan kepada penduduk Sarawak yang memasuki negeri ini sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya penularan wabak rabies," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis  Menandatangani Persefahaman International Health Regulation 2005 Pintu Masuk Antarabangsa Pengkalan Kubor bersama Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat, di pintu masuk sempadan Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Sehingga 13 Julai, terdapat empat kes disahkan rabies di Serian, Sarawak di mana tiga kes telah meninggal dunia dan satu kes iaitu kes keempat sedang dirawat di wad PICU Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dalam keadaan kritikal.

4 Julai lalu, dua beradik, Monica Mazlan dan Jackson Mazlan, meninggal dunia akibat jangkitan virus berkenaan selepas digigit anjing, pada bulan lalu.

Sementara itu, mangsa keempat wabak rabies kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian sedang dirawat di PICU HUS.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUCHING - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) akan mengadakan program pemvaksinan anjing untuk mengawal penularan wabak anjing gila atau Rabies di lapan kampung di Bahagian Serian, esok.
  • GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan memperhebatkan usahanya dalam mengekang penularan wabak rabies atau anjing gila di Sarawak yang merekodkan kes keenam semalam di Samarahan.
  • KUCHING - Sebanyak 26,228 ekor haiwan peliharaan telah divaksin setakat ini dalam usaha membendung penularan wabak Rabies atau anjing gila di Sarawak.
  • IPOH - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak tidak bercadang menarik balik pewartaan kawalan penyakit rabies di kawasan Kuala Sepetang dalam masa terdekat.
  • BAU - "Terlalu awal untuk mengisytiharkan bahawa wabak rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak telah pun pulih," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.