SHAH ALAM - Sinar Harian mengumumkan Debat Mahathir vs Nazri akan diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf (Shah Alam), pada 7 April ini bermula jam 9.30 malam.

Ketua Pengarangnya, Norden Mohamed berkata, keputusan terkini itu dibuat susulan kenyataan Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan yang menolak permohonan penganjuran dialog yang dijadualkan diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Sabtu ini.

"Tarikh dan lokasi baharu ini telah dipersetujui pihak Tun Mahathir dan Nazri pada perbincangan hari ini.  Kita juga telah mendapat persetujuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sebagai moderator dialog seperti diminta Nazri.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis tolak permohonan penganjur dialog Tun M, Nazri]

"Sebagai peneraju 48 program diskusi ilmiah, debat, bicara minda dan dialog pemimpin, segala persiapan menjayakan program berjalan lancar," katanya.

Katanya, program dialog juga akan disiarkan secara langsung menerusi Sinar TV di laman www.sinar.tv.

 

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.