KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM23,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII).

Pemindahan itu termaktub di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.

Usul tersebut diluluskan tanpa perbahasan. –Bernama