SHAH ALAM - Universiti Selangor (Unisel) telah memberikan dua hari cuti tambahan kepada pelajar beragama Hindu pada 19 dan 20 Oktober depan.

Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan berkata, ia membawa maksud dengan cuti tambahan yang diberikan oleh Unisel, pelajar universiti boleh meraikan Deepavali dengan kelebihan yang ada pada Sabtu dan Ahad.

"Kenyataan ringkas ini dikeluarkan bagi menjawab tuduhan tidak tepat oleh Ketua Pemuda MIC melalui sebuah portal pada 13 Oktober 2017 bertajuk 'MIC Youth Slams Unisel Over One-Day Deepavali Break'," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemuda MIC hari ini mengkritik sebuah universiti di Selangor kerana didakwa memberi pelajar cuti hanya satu hari untuk meraikan Deepavali.

Ketua Pemuda MIC, Sivaraajh Chandran dalam satu kenyataan berkata, ia menunjukkan berlaku sikap diskriminasi pihak universiti terhadap pelajar India.

Menurutnya, pengurusan Unisel harus memberikan pelajar sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari dari kelas supaya mereka boleh kembali ke rumah mereka dan meraikan Deepavali dengan keluarga.

Hasril dalam masa sama menjelaskan, pemberian cuti tambahan itu sebenarnya sudah awal-awal lagi  diputuskan oleh Pengurusan Tertinggi dan memo pemberitahuan kepada pelajar juga telah dikeluarkan.

"Kita berharap selepas ini adalah lebih baik buat pihak ini, untuk mendapatkan jawapan secara terus dari Unisel sebelum membuat kenyataan secara terbuka.

"Cukup-cukuplah menyerang universiti ini atas kapasiti politik berkepentingan. Ini kerana, kenyataan tidak tepat pihak ini hanyalah bertujuan untuk menjatuhkan reputasi universiti serta cuba membawa persepsi negatif kepada umum," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA SELANGOR - Universiti Selangor (Unisel) membuat kejutan dengan menerbangkan ibu kepada penerima Anugerah Canselor, Norazly Nordin dari Sabah bagi membolehkan dia menyaksikan majlis bersejarah buat anaknya itu.
  • SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekiranya kerajaan Selangor benar-benar serius ingin melaksanakan pendidikan percuma, perkara itu sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu di universiti seliaan mereka seperti Universiti Selangor (Unisel).
  • SHAH ALAM - Universiti Selangor (Unisel) hari ini menafikan dakwaan kononnya universiti itu akan mengadakan peperiksaan pada 31 Oktober ini iaitu dua hari selepas sambutan perayaan Deepavali.
  • PUTRAJAYA - Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menerima Anugerah Buku Ilmiah Terbaik menerusi Kategori Kemanusian dan Sains Sosial.