GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menyarankan agar dilaksanakan langkah tegas menghad penjualan alkohol dan mengenakan cukai tinggi ke atas bahan itu seperti dikenakan ke atas tembakau dan rokok.

Saranan itu dibuat berikutan insiden keracunan methanol di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini dalam mana 19 orang maut dan 14 mengalami keadaan kritikal.  

Dalam satu kenyataan, Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata hasil cukai dari akohol dan rokok itu boleh digunakan bagi membiayai program kesihatan dan pendidikan yang berkaitan dengan bahaya pengambilan alkohol dan merokok. - Bernama