PUTRAJAYA - Usaha mewujudkan skim insurans perlindungan yang dicadang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk para petani dijangka dimuktamadkan hujung Julai ini.

Menterinya Salahuddin Ayub berkata skim berkenaan sedang diperhalusi sebagai membela nasib petani sekiranya berlaku bencana alam.

Beliau berkata skim itu dilaksanakan bertujuan memberi pampasan kepada petani yang kerugian akibat bencana alam.

"Insuran perlindungan ini perlu khususnya apabila berlaku bencana tidak terduga supaya bantuan kewangan bokeh diberikan bagi ringankan beban petani.

"Mungkin bencana berlaku setahun sekali tetapi impaknya besar kepada mereka,"ujarnya.

Menurutnya setakat ini pihaknya telah berbincang dengan Agro Bank untuk membincangkan beberapa mekanisme selain sedang mengenal pasti syarikat insurans yang berminat untuk memberikan perkhidmatan tersebut.