KUCHING - Pusat Penerangan Islam (IIC) menjemput orang Islam dan bukan Islam untuk menyertai seminar mengenai Kreativiti dan Inovasi Islam di Auditorium IIC di sini, Jumaat ini.
   
IIC dalam kenyataan hari ini berkata seminar itu akan menjadi satu percubaan mewjudukan pemahaman yang lebih baik pada inovasi dan kreativiti dalam ungkapan dan tradisi Islam.
   
Pusat itu menyebut Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan akan menyampaikan ucaptama pada seminar sehari itu.
   
Seminar itu juga akan turut mengadakan forum pelbagai agama dengan disertai enam penceramah daripada pelbagai pertubuhan agama yang akan membincangkan cabaran dan kebimbangan terhadap halangan usaha kreativiti dan inovasi dalam agama masing-masing, kata IIC.
   
Peserta yang berminat menghadiri seminar itu boleh menghubungi Muhamad Zakaria Ashmat atau Rohaiza Wahab di talian 082-420798/082-420799 atau melalui nombor talian faks 082-420628.- Bernama

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.