SEPANG - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan buka kaunter pertanyaan khas untuk pelancong China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, kaunter itu akan beroperasi awal bulan depan bagi membantu melancarkan urusan pelancong negara itu di kedua-dua lapangan terbang tersebut.

“Setakat ini, 3.4 juta rakyat China melancong di negara ini. Kita sasar seramai lapan juta pelancong China akan melancong ke Malaysia menjelang 2020.

“Pemilihan untuk buka kaunter tersebut pada September sesuai dengan perayaan Tahun Baharu Cina yang jatuh pada Oktober,” katanya selepas menghadiri mesyuarat penubuhan kaunter China Helpdesk di KLIA, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Siew Ka Wei berkata, kaunter berkenaan dapat menyelesaikan masalah komunikasi antara pelancong China dengan pegawai Jabatan Imigresen.

“Kaunter ini berdekatan pusat pemeriksaan imigresen di KLIA dan KLIA2, dengan individu fasih berbahasa Mandarin akan menjadi pegawai di kaunter berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kini sedang berbincang dengan beberapa NGO untuk menjadi sukarelawan di kaunter tersebut.

Ka Wei turut berharap, kaunter berkenaan dapat diwujudkan di semua lapangan terbang di negara ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEPANG - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedang menguji sistem pengesanan radar objek asing (FOD) yang berdasarkan teknologi serat radio di landasannya.
  • SEPANG - Anjung Malaysia yang menampilkan kebudayaan dan cita rasa Malaysia menerusi seni bina, produk dan makanan tempatan menjadi tarikan terbaru di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
  • KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd mengesyorkan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) agar mengkaji semula perbezaan dalam kemudahan dan perkhidmatan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan KLIA sebelum menyamakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) di kedua-dua lapangan terbang itu.
  • SEPANG - Semua urusan berkaitan haji di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya akan berpindah ke premis baharu iaitu Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula tahun depan.
  • KUALA LUMPUR - Jemaah haji Malaysia bakal mendapat kemudahaan pemeriksaan Imigresen Arab Saudi di KLIA di masa depan berikutan cadangan kerajaan negara itu untuk menjadikan Malaysia sebagai antara negara pertama melaksanakan program prapelepasan untuk jemaah haji di negara asal.