PUTRAJAYA - Orang ramai hari ini menyerbu ruang pameran Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang dibuka di ruang legar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini bagi pameran dan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) susulan tular mengenai perkara tersebut di media sosial.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk Putrajaya dan kawasan sekitarnya serta penjawat awam dari kementerian berhampiran beratur seawal kira-kira 9 pagi walaupun sesi tersebut hanya bermula pada jam 11 pagi hingga 3 petang.

Seorang kakitangan JANM yang bertugas di kaunter berkata, mereka beroperasi lebih awal dari masa ditetapkan memandangkan kehadiran begitu ramai orang yang ingin melakukan semakan di lapan kaunter Pendaftar WTD yang dibuka.

"Kita menerima kunjungan yang amat ramai pada hari ini dan mula membuka kaunter sekitar jam 10 pagi.

"Namun orang ramai perlu tahu bahawa semakan WTD juga boleh dibuat bila-bila masa pada waktu pejabat di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut, Tingkat 42, Menara Maybank, Kuala Lumpur," katanya.

Beliau  berkata semakan hanya boleh dibuat sendiri oleh pemilik akaun dengan hanya membawa kad pengenalan dan WTD akan dipindahkan terus ke mana-mana akaun mereka yang aktif.

Zaiton Syukur, 57, yang menetap di Bangi, Selangor datang bersama anak perempuannya ke Putrajaya hari ini bagi menyemak WTD miliknya selepas mesej tersebut tular di Whatsapp sejak minggu lalu.

Ditanya adakah beliau mengetahui semakan juga boleh dibuat di Menara Maybank pada bila-bila masa, beliau berkata tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Norhayati Adon, 37, yang berkhidmat di Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman berkata beliau hadir hari ini bagi menyemak status WTD miliknya yang mungkin ada ketika membayar insurans dan baki kecil simpanan di bank-bank yang digunakan ketika zaman belajar sebelum ini. - Bernama


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - “Boleh menimbulkan fitnah dan tohmah kepada orang lain. Maka (perbuatan sebegitu) perlu ditegah dan tidak boleh dijadikan ikutan,” tegas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.
  • KUALA LUMPUR - Hampir tujuh daripada setiap sepuluh kanak-kanak di Malaysia bimbang mengenai perbuatan membuli menurut tinjauan global baharu yang dikeluarkan oleh Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) bersempena Hari Kanak-kanak Sedunia hari ini.
  • SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya menyusahkan rakyat, demikian menurut Penganalisis Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari.
  • KUALA LUMPUR - Peserta Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 hari ini bersetuju sebulat suara ekonomi bumiputera terus ditambah baik kerajaan sebagai persediaan kepada kelangsungan kumpulan itu dalam persekitaran ekonomi global.
  • BENTONG - Bagi memastikan peraturan jalan raya yang dikuatkuasakan di negara ini sentiasa relevan, kerajaan akan menyemak semula Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi bersedia berhadapan dengan cabaran isu kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.