KUALA LUMPUR - Datuk Ahmad Maslan (BN-PH) menyindir Belanjawan 2019, yang disifatkannya sebagai tiada faktor 'wow'.

Katanya, Belanjawan 2019 hanya satu belanjawan yang 'menyusahkan rakyat'.

"Tiada yang hebat, harga barang naik, defisit naik, jadi BN turun apa yang dapat, hanya tekanan darah yang naik," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan kedua itu berkata, Belanjawan 2019 sewajarnya memberi perhatian khusus kepada kebajikan rakyat.

"Bukan fokus syarikat-syarikat, tetapi fokus rakyat-rakyat," katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menegaskan bahawa  Belanjawan 2019 dikemukakan secara terperinci merangkumi setiap sektor, tanpa melangkaui  kemampuan  kewangan  negara.

Beliau berkata belanjawan itu mengambil kira antaranya peruntukan untuk wanita, generasi muda, masjid dan bangunan agama lain, hak Bumiputera serta hak Sabah dan Sarawak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2019 rangkumi setiap sektor]