KUALA LUMPUR - Lebih daripada 10 kenderaan polis dan trak (Black Maria) dilihat berada di hadapan kediaman peribadi bekas Datuk Seri Najib Tun Razak Jalan Langgak Duta.

Menurut seorang pegawai yang ditempatkan di persimpangan ke rumah Najib, semua anggota polis dari kenderaan itu kini berada di dalam kediaman bekas perdana menteri itu.

Sehingga kini, petugas media dihalang daripada menghampiri rumah Najib yang sentiasa menjadi tumpuan media sejak kekalahan BN pada PRU14.

Selain itu, kelihatan seorang lelaki enggan dikenali mengaku sebagai peguam Najib yang kemudiannya dilihat memasuki premis itu.