KOTA TINGGI - Kira-kira 200 belia dari dalam dan luar daerah ini bersolidariti sebelum dibawa menonton filem Malay Regiment di MBO Heritage Mall Kota Tinggi, sempena program Semarak Merdeka dan Solidariti Rohingya, Ahad lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, program itu berjaya mengetengahkan suara anak muda dalam menolak kezaliman tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya.

Menurutnya, tayangan filem berkenaan pula secara tidak langsung menjadi salah satu cara buat golongan muda menzahirkan kemerdekaan negara, dengan menghayati pengorbanan perajurit negara memperjuangkan kemerdekaan.

“Menerusi filem ini, diharap belia kita sama-sama mengisi kemerdekaan sebenar manakala dalam isu Rohingya, kita rakyat Malaysia dapat berasa kesedihan dan kezaliman tentera Myanmar,” katanya.

Sebelum tayangan filem bermula, semua bersolidariti mengangkat plakad #TEARSFORROHINGYA pada program anjuran Gerak Remaja 4B Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ).

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Tindakan Maria Chin membuat laporan polis mengenai isu gambarnya disunting seperti menjadi tebusan Daesh 'disokong' Pembantu kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor dan beliau juga minta pihak polis menyiasat perkara beliau.
  • SHAH ALAM - Satu jemputan rasmi berkenaan kunjungan ke program Permata Negara (Permata) telah diserahkan kepada Adun Damansara Utama dari DAP, Yeo Bee Yin.
  • SHAH ALAM - Tidak ada sebarang halangan bagi Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin untuk berkunjung ke program Permata Negara (Permata), kata pembantu kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.