SHAH ALAM - Isu viral berhubung pemberian sisa makanan kepada anjing di media sosial hangat diperkatakan.

Terdapat netizen mempertikaikan pemberian makanan kepada anjing di pusat-pusat haiwan dan anjing jalanan yng konon dikatakan 'haram' dan pemilik restoran enggan menyumbangkan sisa makanan kerana tidak mahu bersubahat.

Bagaimanapun kekeliruan kenyataan itu mendorong pendakwah bebas, Ustaz Wan Dazrin tampil menjelaskan isu berkenaan secara lebih terperinci.

Katanya, mungkin pengetahuan orang Islam merujuk kepada netizen belum menyeluruh tentang fahaman Fekah perihal anjing ini.

"Disisi Mazhab kita, Imam Syafi’e rah, anjing itu najis pada air liur termasuk pada badan (bulu-bulu).

"Maka sesiapa yang tersentuh, perlu dia bersuci dgn sertu sebanyak tujuh kali. Seperti yang kita telah pelajari disekolah agama dulu-dulu," katanya.

Namun, perihal pemberian makanan, minuman kepada anjing ia adalah perbuatan mulia terutama sekrianya haiwan itu dalam keadaan sakit dan memerlukan.

"Sesungguhnya ALLAH SWT, mewajibkan perbuatan ihsan dalam semua perkara. Hadith Riwayat Muslim.

"Sebagai contoh dalam kisah sahih, dari Nabi Muhammad SAW, tentang pemuda atau pelacur yang bagi minum pada anjing, mereka diredhai ALLAH SWT dan bahkan diampunkan dosa, kerana bagi makan dan minum pada haiwan yang memerlukan itu memang satu kemuliaan disisi ALLAH," katanya.

Jelasnya, orang ramai disaran berihsan dengan haiwan khususnya anjing atau khinzir, ia bukan satu benda haram dilakukan.

"Perlu kita perbetulkan fahaman tentang 'haram' anjing dan khinzir. Kita diharamkan makan dagingnya atau bergumul dengan haiwan itu, bukan haiwan itu sendiri 'haram'.

"Haiwan adalah makhluk yang sempurna dalam ruang lingkup keadaan sedia adanya. Namun, keadaannya tidak sesuai untuk kita manusia. Ia boleh bawa penyakit pada kita.

"Disebabkan itu kita diharamkan dekati haiwan-haiwan tersebut atas faktor kesihatan, kesucian dan kebersihan. Begitulah, luruskan fahaman kita sama-sama ya," katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Biar saya bantu cerahkan. . . Mungkin pengetahuan orang Islam tersebut belum menyeluruh tentang fahaman Fekah perihal Anjing ini. Disisi Mazhab kita, Imam Syafi’e rah, anjing itu Najis pada air liur dia dan pada badan (Bulu2) dia juga. Maka sesiapa yg tersentuh, perlu dia bersuci dgn sertu 7 kali. Seperti yang kita telah pelajari disekolah agama dulu-dulu. Tetapi, kalau perihal bagi makan minum pada anjing, itu perbuatan yg tiada kena mengena dgn najis pun, bersentuhan pun tidak, bahkan ia sebenarnya perbuatan yg mulia jikalau haiwan itu dalam keadaan sakit & memerlukan. . . Sesungguhnya Allah swt mewajibkan perbuatan ihsan dalam semua perkara. Hadith Riwayat Muslim. Juga suka untuk saya tambahkan, dalam kisah2 yang sahih, dari Nabi saw, tentang pemuda atau pelacur yang bagi minum pada anjing, mereka diredhai Allah swt dan bahkan diampunkan dosa, kerana bagi makan & minum pada haiwan yang memerlukan itu memang 1 kemuliaan disisi Allah swt. . . Dengan itu, berihsan dgn haiwan, khususnya anjing atau khinzir, ia bukanlah 1 benda haram utk dilakukan. Perlu kita perbetulkan fahaman tentang “Haram” nya anjing & khinzir. Kita diharamkan makan daging mereka atau bergumul dengan mereka, bukan mereka itu sendiri “Haram”. Mereka makhluk yang sempurna dalam ruang lingkup keadaan sedia ada mereka sendiri. Namun, keadaan mereka tidak sesuai utk kita manusia. Ia boleh bawa penyakit pada kita. Disebabkan itu kita diharamkan dekati haiwan-haiwan tersebut atas faktor kesihatan, kesucian & kebersihan. Begitu. Luruskan fahaman kita sama-sama ya. Semoga membantu. ☺️❤️👌🏻

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on