PUTRAJAYA - Pertemuan khas antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) selama kira-kira dua jam hari ini hanya berkisar perkongsian sejarah negara.

Sekembalinya dari Jepun, Perdana Menteri menjemput barisan Kabinet untuk memahami dan menghayati asal usul dan mengambil teladan daripada kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

"Saya nak kena bagitahu sejarah negara kita supaya kita semua faham usul asal kita.

"Hal demikian itu kita tidak akan mengulang perkara-perkara yang tidak baik yang mungkin telah berlaku dulu,"jelasnya ketika ditemui media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan, pertemuan khas Perdana Menteri dengan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet di Yayasan Kepimpinan Perdana  selama kira-kira dua jam hari ini tidak menyentuh perbincangan mengenai rombakan Kabinet.

Difahamkan, pertemuan itu hanya membincangkan perincian Belanjawan 2019 selain beberapa isu lain berkaitan agenda dan pembangunan Bumiputera.