MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, menerima kunjungan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas, di kediaman beliau di sini.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Hadi berkata, Salleh merupakan individu penting dalam krisis kehakiman 1988 ketika zaman Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau merupakan bekas Ketua Hakim Negara yang tidak asing lagi dengan sejarah hitam krisis kehakiman dan perlembagaan tahun 1988 sehingga beliau dipecat sewaktu ‘Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan’ memerintah negara," katanya sinis yang dipetik menerusi Facebooknya.

Salleh Abas seorang yang cukup dikenali sebagai ketua hakim Malaysia yang telah dipecat semasa krisis perlembagaan, sekali gus mengakibatkan beliau kehilangan pencennya.

Kejadian ini dianggap secara meluas sebagai peristiwa yang mencetuskan pengurangan yang ketara terhadap kebebasan badan kehakiman Malaysia, serta melahirkan sindiran terhadap apa yang dikatakan pengamalan pengasingan kuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TEMERLOH - Pas sudah lama membongkar isu-isu berkaitan salah laku pengurusan di dalam Felda yang boleh menjejaskan nasib ribuan peneroka di negara ini khususnya di Pahang.
  • SHAH ALAM - Pas sedang memantau isu dibangkitkan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh) mengenai kewujudan sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (Imams) yang dijadikan pusat sehenti kepada pengendali syarikat pakej umrah.
  • SHAH ALAM - Hasil pertemuan Pas dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Mohd Azizi Mohd Zain bagi membantah penganjuran pesta arak ‘Oktober Fest 2017’ di One Utama, Petaling Jaya, Oktober nanti, amat positif.
  • SHAH ALAM - Pas menggesa agar agama Islam dipertahankan sebagai agama persekutuan di negara ini di samping memberi keadilan kepada masyarakat bukan Islam berkonsepkan masyarakat madani.