CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas amalan cuti umum yang dipraktikkan negara ketika ini.

Menurut beliau, terlalu banyak cuti hanya akan membuatkan negara ketinggalan berbanding negara maju lain.

"Kalau kita lihat cuti di Malaysia cukup banyak, tak payah kerja. Kalau cuti Jumaat, Sabtu, Ahad, tambah Isnin... empat hari tak kerja tapi negara jalan, kerajaan jalan.

"Kita tekan butang automatik lepas itu balik tidur. Saya tak setuju walaupun cuti hari Sabtu..  kalau boleh kerjalah sebab kita belum tahap negara maju," katanya dalam Forum Bicara Wawasan 2020, di sini, hari ini.

Katanya lagi, Malaysia hanya akan mencapai status negara maju jika rakyatnya bekerja lebih kuat.

"Tapi kita asyik cuti, menang bola pun cuti. Semua tunggu nak cuti," katanya.

Pengerusi Bersatu itu juga menegur sikap masyarakat Malaysia yang kurang komitmen dalam melakukan sesuatu perkara.

"Kita suka kalau boleh kerja kurang tapi gaji nak lebih," katanya.

Forum yang berlangsung tiga jam itu turut disertai Pengasas Kumpulan Sigur Ros, Mohd Azmadi Fadzil dan Ketua Kumpulan Eksekutif hartabumi.com, Radzi Tajuddin sebagai ahli panel serta Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai moderator.

Selain mendengar pandangan Mahathir mengenai Wawasan 2020, peserta turut diberi peluang mengemukakan idea bagi mencapai negara maju.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan memberi tempoh sehingga Januari tahun depan kepada pemaju projek pembangunan semula empat Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur untuk memulakan kerja tapak dengan kadar segera.
  • BAGAN DATUK - Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak, semalam membuktikan kepedulian dan keprihatinan kerajaan dalam membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman.
  • PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengarahkan supaya pelan pembangunan rumah-rumah kebajikan orang tua dan anak yatim serta sekolah tahfiz di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dikaji semula.
  • SUNGAI PETANI - Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada pembangunan luar bandar dan kesejahteraan rakyat sekiranya kerajaan sedia ada dikekalkan.