KUANTAN - Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam ini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah.

"Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut.

"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan.

"Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

"Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga," kata jurucakap itu.

Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan.

Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir.

Di JERANTUT, Ketua Polis daerah itu Suptrtendan Azid Ismail berkata lebih 10,000 penduduk di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di kedua-dua sungai semakin naik.

Azid berkata hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan kawasan tebing sungai.  

"Penduduk dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.  

Pengusaha bot penambang dan 50 pengusaha bot pelancong di Taman Negara juga dinasihatkan supaya menghentikan sementara perkhidmatan mereka.

"Pengusaha bot perlu mengutamakan keselamatan penumpang," katanya. - Bernama

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Kos rawatan Hepatitis C di negara ini akan lebih berpatutan tidak lama lagi iaitu hingga serendah RM500, dan ini menjadikannya lebih mudah diperoleh pesakit.
  • SHAH ALAM - Sekretariat SINAR4ROHINGYA bersetuju mengadakan Himpunan Semangat Sejuta Umat, yang dijangka berlangsung pada 28 Oktober atau 4 November ini.
  • SHAH ALAM - Pertubuhan Jalur Tiga Malaysia (Jati) amat mengalukan pembatalan yang telah dibuat oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terhadap penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) di ibu kota.
  • ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sedia menyelaras sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan bagi memastikan sekolah tahfiz memenuhi kriteria yang ditetapkan.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri tidak perlu bimbang dengan cadangan pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) kerana penglibatan kerajaan persekutuan bertujuan untuk menyelaraskan aspek keselamatan semua maahad tahfiz disamping membantu aspek kewangan mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.