KUALA LUMPUR - Umno/BN menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan tingginya Agama Islam serta Syiarnya.

"Cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci Umat Islam, yakni Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel tidak mungkin kita sebagai Umat Islam dapat menerimanya sampai bila bila.

"Supaya dunia mendengar gema suara Umat Islam Malaysia mengenai isu ini. Maka, saya selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia, mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, ahli-ahli di dalam dan di luar sana, serta semua di mana sahaja anda berada, untuk bangun dan menzahirkan pendirian kita yang selantang-lantangnya

"Supaya dunia mendengar gema suara umat Islam Malaysia mengenai isu ini," katanya ketika ucapan dasar Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno 2017,hari ini.

Semalam, media antarabangsa melaporkan Trump akan mengumumkan pengiktirafannya terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel hari ini tanpa menghiraukan amaran dunia tentang tercetusnya keganasan di Asia Barat.

Seorang pegawai kanan pentadbiran AS berkata, Trump akan membuat pengumuman bersejarah itu yang turut mendapat kecaman sekutunya di seluruh dunia, pada jam 1 tengah hari waktu tempatan dari White House.

Ucapan Najib tersebut mendapat sambutan para perwakilan dengan jeritan 'Allahuakbar'.

Sementara itu, wakil-wakil parti luar negara khususnya Palestin turut bangun berdiri menghormati usaha Malaysia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini perlu bersatu-padu bagi menyatakan penentangan terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengumumkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
  • KUALA LUMPUR - "Kami, rakyat Palestin tidak akan membiarkan Baitulmaqdis dijajah oleh Israel," tegas Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin, Muslim Imran.
  • KUALA LUMPUR - [VIDEO] "Isu Palestin adalah isu paling dengan hati kita," kata Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.
  • SHAH ALAM - Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengisytiharkan ‘bagi pihak Israel’ Baitulmaqdis sebagai ibu negara diibaratkan sebagai cuba memulakan satu lagi pra perang dunia ketiga.
  • SHAH ALAM - Susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, kini timbul persoalan adakah Baitulmaqdis sekarang menjadi milik Israel.