SHAH ALAM – Malaysia perlu memainkan peranan dengan mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar bertindak tegas dan tidak membiarkan satu lagi episod hitam rakyat Palestin berulang.

Syria Care dalam satu kenyataan, mengutuk keras keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Tindakan itu dianggap sebagai pengkitirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh pentadbiran Rumah Putih.

“Ia sekaligus merestui pendudukan Baitulmaqdis dan wilayah Arab oleh Yahudi,” menurut kenyataan itu.

Pengumuman yang dibuat Trump itu juga secara langsung mengukuhkan cengkaman regim Zionis ke atas kawasan itu dan menjejaskan sama sekali usaha rakyat Palestin untuk menuntut kembalinya selepas jatuh ke tangan Yahudi dalam Perang Arab Israel 1967.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini perlu bersatu-padu bagi menyatakan penentangan terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengumumkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
  • KUALA LUMPUR - "Kami, rakyat Palestin tidak akan membiarkan Baitulmaqdis dijajah oleh Israel," tegas Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin, Muslim Imran.
  • KUALA LUMPUR - [VIDEO] "Isu Palestin adalah isu paling dengan hati kita," kata Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.
  • SHAH ALAM - Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengisytiharkan ‘bagi pihak Israel’ Baitulmaqdis sebagai ibu negara diibaratkan sebagai cuba memulakan satu lagi pra perang dunia ketiga.
  • SHAH ALAM - Susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, kini timbul persoalan adakah Baitulmaqdis sekarang menjadi milik Israel.