GEORGETOWN - Seorang datuk berusia 71 tahun, tidak menjangka dirinya memenangi wang tunai RM1,000.

Abd Hamid Hassan dari Batu Maung, Pulau Pinang, mengakui terkejut ketika dimaklumkan sebagai pemenang PRIM anjuran Sinar Harian.

Menurutnya, rutin hariannya setiap hari adalah membeli akhbar ini untuk mengisi masa lapang setelah bersara.

“Sambil baca surat khabar, saya memang rajin mengisi sebarang peraduan, semuanya suka-suka sahaja.

“Tetapi bila ALLAH SWT sudah kata itu rezeki saya, akhirnya dapat juga setelah beberapa kali cuba,” katanya.

Abd Hamid berkata, beliau akan berkongsi rezeki diperolehnya bersama ahli keluarga termasuk cucu dan isteri.

“Apa yang kita dapat, itu juga untuk mereka, barulah rezeki akan lebih berkat.

“Terima kasih kepada Sinar Harian kerana menghargai pembaca melalui cara sebegini, “ katanya.